Kami mahu anda berpuas hati. Polisi ini menerangkan bayaran balik untuk langganan Tafsir Surah Premium (RM89, seumur hidup).
1. Jaminan 7 hari
Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh memohon bayaran balik penuh dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembayaran — tanpa soal panjang.
2. Masalah teknikal
Jika premium tidak aktif selepas bayaran atas sebab teknikal, hubungi kami — kami akan aktifkan segera atau kembalikan wang sepenuhnya.
3. Cara memohon
Emel hello@tafsirsurah.com dengan:
- Emel akaun anda
- Tarikh & rujukan bayaran (dari resit)
- Sebab ringkas (pilihan)
Bayaran balik diproses ke kaedah asal (FPX/DuitNow/kad) melalui BayarCash, biasanya dalam 3–7 hari bekerja.
4. Selepas 7 hari
Selepas tempoh 7 hari, bayaran balik adalah budi bicara kami (kes demi kes) — cth masalah teknikal berterusan yang tak dapat diselesaikan.
5. Akses percuma
Ciri asas (baca al-Quran + terjemahan) kekal percuma selamanya — anda boleh cuba sepuasnya sebelum melanggan.